Follow

Monday 27 June 2011

MASIHKAH ADA WAKTU by ADEEB (kidspower)

assalamualaikum!
hari nie leyha nak share sebuah lirik n lagu
yang didendangkan oleh ADEEB !
hehe !
korang hayatilah okay :)



 di dalam hati ini !
. masih tersimpan duka !
. yang terpahat di hati tak bisa kah sembuh !
. ouh , pedihnya hati ini !
. bila ku ingat kembali !
...
. ku rasa ku ingin mati !
. dari terus hidup !

. mengapa semua ini terjadi !
. sedang kan ku tak bersalah !
. atau ini hanya ujian !
. yang tuhan uji padaku !

. ouh , pedih nya hati ku ini kasih !
. bila ku mengingat kan kisah kita dulu !
. yang dulu kita jalin kan bersama berdua !
. kini kian musnah segalanya !



DO LEAVE A COMMENT :p
byebye !

Do Leave A Comment . Suka ? Like Jer Ye ;)

Sunday 26 June 2011

Bersabarlah Duhai Hati

assalamualaikumm ,
hyehye sayang :)
heheh ,
jom rileks bace ney nak ?
BERSABARLAH DUHAI HATII :)

Yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.
Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.
Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.
Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.
Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.
Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.
Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.
Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '
Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?
Subhanallah. Maha suci Allah!
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.
Kenapa semua ini terjadi padaku?


bersabarlah dengan ketetapan ILAHI ,
insyaALLAH ,
you find your way :)

renungrenungkan !
assalamualaikumwarahmatullah :)






Do Leave A Comment . Suka ? Like Jer Ye ;)

Wednesday 22 June 2011

If Tak Dapat Sambung Study Pon Takpa :(

assalamualaikum.....................



haishhh ,
awal awal pagi pon dah nangis ,
susah kan kalau jadi orang yang susa ,
sedih ~



berbalik pasal sambung study dekad POLI PD ney ,
buad air mata aku jatuh jea ,
banyak hal yang nak kena buad ,
tapi takde lah kesah sgt ngn semua tuhh ,
cume fikir pasal duit je skarang ney ,

KALAU TAK DAPAT SAMBUNG STUDY PON TAKPA !
mana tak nya , yuran saja dah nak dekad RM800 ,
nak beli barang barang lagi ,
mau taknye lebih kurang seribu lebih gak nak guna !
tu pon barang barang tak beli semua lagi .
sedih lah camni ,
susahkan mak ayah .
kalau tak dapat smbung study , bole lah jugak keje ,
at least tak susakan mak ayah ,
nak cari duit makan pakai leyha ,




ini , duit yuran tuh belum bank in lagi ,
taktau dah nak cari kat mana duitnya ,
hari ney dah 23 JUN ,
nak kena bank in sebelum daftar ,
daftar 4/7 ,
so kena lah bank in awal awal ,
sebab nak kena masukkan data lagi dalam laman web POLI PD ,
selepas 36 jam bayaran dibuad ,
dah sgkat sgt kan masa tuh ,
kalau x bayar awal awal ,
nak masukkan data pon xbole nty ,
sangat sedih pagi pagi buta ney ,
mak sampai dah taktau nak caroi duit cmna ,
biasa lah orang felda jea,
nak cari duit pon susa ,
keje tak loaded .


grr , itu baru pikir sal yuran segala bagai ,
ney belum pikir kos nak pi sana lagi ,
port dickson tuhh ,
jauhh ,
hmmm , bayangkan lah perak GERIK ,
nak pergi PD tuhh ,
jauh gila !
sedih lah macam ney ,
macam tak bole jadi yg terbaik untuk mak ayah n family ,
malah lebih susakan diorang !

YA ALLAH YA TUHAN ,
I NEED YOUR HELP !
....................................................
byebye :(





Do Leave A Comment . Suka ? Like Jer Ye ;)

Thursday 16 June 2011

BILA LELAKI BETULBETUL SERIUS DALAM PERCINTAAN….

assalamualaikum !
haa . kali ni leyha nak share something apaa yang leyha baca .
korang pon bace lah ye .
heheh :D

  1. Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan...
  2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  3. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu… 
  4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
  5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..
  6. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel  Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
  7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
  8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..
  9.  Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
  10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
  11. sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..
  12. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...
  13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
  15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  16.  Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  17.  Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  18.  Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu...
  19.  Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. 
  20.  Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.


haha . no komen !
setiap orang ada pendapat tersendiri :)


byebye !

Do Leave A Comment . Suka ? Like Jer Ye ;)

Wednesday 15 June 2011

Lai Lai Bace terutama Perempuan la..

assalamualaikum !
tak tahu nak cakap apaa !
bace je !


kakak: adik,jap lg nk pegi taman tak??
adik: nak2...
kakak: ok klu camtu,pas ciapkn kje skolah kite pegi yerr..
adik: ok kak

DALAM RUMAH.........
kakak: dik dah ciap blom??
adik: dah akak,adik nk pkai tudung jap...akak tggu la kat bwh dlu..
kakak: cepat la cikit,bkn nk pegi mne pon smpai nk pakai tdung...alahaii~
adik: yer dah ciap ni.... kak!! jap ade yang tertinggal...
kakak: ape lagi la ko ni.......ish~!!! ade jer bnde nk bg org hilang sabarr
adik: sabar tu kan separuh dari iman,aper ar akak ni. ermm ambk ni kak td tggl...
kakak: ape ni..... TUDUNG????
adik: tudung la kak,npe?
kakak: adik,kiter nk pegi taman je,bkn nk pegi masjid. Nanti kan kat sane panas...bukak je lar tudung ko tu
Adik: akak,nk tnyer cikit..
Kakak: ko ni dah la dah lmbt nk tnyer lg..
Adik: ala kak soalan senang je..
kakak: ape...??!! ala budak ni,....
Adik: akak penah skolah tak? mama pnah anata akak skolah kn?? kat skolah ade blaja agama tak??
Kakak: asal ko kuang aja sgt smpai tnyer kat akak camtu??
Adik: akak,adik tnye camtu sb akak mcm tak blaja tau tak,..??? kite stakat panas kat dunia,panas sgt ke klu nk dbndingkn panas kat neraka,. Kakak tau kn walaupun sehelai rmbut pun,org yg bukan muhrim nmpak,tak kira la cina atau india perempuan nmpak pun,kire aurat kn?
Kakak: sejak bile ko dah pndai ceramah ni,ko ceramah tu buang air liur je la..ko budak kecik,ape ko tau.
Adik: akak,kalau umat islam tak cegah pada kemungkaran,kn dose,.... Adik tak nk dose..walaupun adik kcik lagi. Akak tu dah banyak wat pahala ke? yakin ke boleh msok syurga??? mmg la kubur lain2,tapi sb lain2 la kite kne saling ingt mengingati... Walaupun org skrg bile tnyer asal tak pkai tdung?? dorang boleh kate tak dapat hidayah lg~ nnti klu dah dpt hidayah bru la pakai tdung, akak tau tak.......
Kakak: stoppp!!!!!!!!!!!!! ko ni nk pegi tman ke tak?? dari tadi ceramah je tau. Adik ko tau tak ko tu kecik lagi,ko tak tau orang sekarang bnyk hipokrit, n tak sume org pkai tudung tu baik la adik!! so ko tak pyah la nk bg tau akak pasal sume tu
Adik: kakak,knp la kakak ni pndai sgt,kakak tau tak tu urusan ALLAh ngan die,bnde yg baik jgn la pk bruk...
Kakak: (senyap dan tidak tahu berkata,apa2 dan malu tidak terkata)
Adik: akak kiter ni sebagai manusia kne cari hidayah dari ALLAH,stakat tggu hidayah ALLAH datang sampai bile klu kite tak cari. N lagi satu kak,klu akak btol2 nk pkai tdung,jgn pkai tdung yg tak TUTUP DADA,same je level ngan orang tak pkai tudung...ok?? Adik bkn nk kuarang aja ngan akak tp kiter adik bradik,msti la nk aman didunia sampai akhirat.... Adik cakap ni pun sb adik syg akak,adik tak nk biar kan akak meronta2 kesakitan bile kat akhirat nnti,. Akak!! dgr tak adik ckp ni?? ADIK SAYANG AKAK...
Kakak: (sambil menangis dan mminta maaf pada adiknya) adik terima kasih sb ingt kn akak,ape yg adik ckp btol, KAKAK PUN SAYANG KAN ADIK,akak mintak maaf ye dik....??
Adik: adik pun nk mintak maaf klu adik tertinggi kan suara :)
Kakak: jom kite balik ambik tudung (sambil tersenyum)
Adik: jom~ tp kak adik nk akak blanje air tau,sb td dah ceramah,penat la kak..hehehe
Kakak: ye la dik~ jom.. :D



bertaubatlah selagi peluang masih adaa :)


tengok budak kecik pon pandai pakai tudung . kan comel :)



ALLAH suka kepada orang yang mahu bertaubat ,
percayalah ,
insyaALLAH , ada hidayah darinya ,
amin.


assalamualaikum !

Do Leave A Comment . Suka ? Like Jer Ye ;)

Tuesday 14 June 2011

BERCOUPLE BUKAN BUDAYA UMAT ISLAM YANG BERIMAN

 Assalamualaikum .
actually leyha taktau nak post pasall apaa ,
takde idea pulak memalam ney ,


bila leyha selakselak FACEBOOK .
ha leyha terjumpa lah ney .
korang baca tauu :)


 BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya
akan terlintas di benak kita sepasang insan yang
sedang mabuk cinta dan dilanda
asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang
kemudiannya memasuki sebuah biduk
pernikahan.
Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah
cinta itu fitrah setiap anak adam?
Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum
pernikahan?
CINTA, Fitrah Setiap Manusia,
MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan
membawa fitrah (insting) untuk mencintai
lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; Dijadikan
indah pada (pandangan) manusia kecintaan
kepada apa-apa yang diingini, iaitu
wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis
emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang
ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di
dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali
yang baik(Syurga). (Ali Imran: 14).
Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai
dengan wanita kerana kebanyakan manusia
menginginkannya, juga kerana mereka
merupakan  jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah
bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah
SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain
fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada
wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)
Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka
ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan
dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang
beriman di syurga dengan bidadarinya.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;
Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah
wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim,NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)
ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada
bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.  (ar-Rahman: 70)
Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah
mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara
dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan  etika dan

norma yang sesuai dengan syariat.
Hukum Bercouple
SETELAH memerhatikan ayat dan hadis, maka
tidak diragukan lagi bahawa bercouple
itu haram,
kerana beberapa sebab berikut:
1.Orang yang bercouple tidak mungkin
menundukkan pandangannya terhadap
kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan
boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya
sering berdua-duaan dengan pasangan
kekasihnya, baik di dalam rumah atau di
luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan
mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling
menyentuh antara lelaki dan wanita,
meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh
dipastikan selalu membayangkan orang yang
dicintainya.
Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut
adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja
cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi
kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?
Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya
tentang hubungan cinta sebelum nikah.
Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah,
baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya
adalah haram, kerana tidak boleh
seseorang untuk
bersenang-senang dengan wanita asing (bukan
mahramnya) baik melalui ucapan, memandang,
atau berdua-duaan. Sebagaimana
Rasulullah SAW
bersanda: Janganlah seorang lelaki
bedua-duaan
dengan seorang wanita kecuali ada bersama-
sama mahramnya, dan janganlah seseorang
wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.
Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin
ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang
berkoresponden dengan seorang wanita yang
bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka
saling mencintai, apakah perbuatan itu
haram?
Jawab beliau; Perbuatan itu tidak
diperbolehkan,
kerana boleh menimbulkan syahwat di antara
keduanya, serta mendorongnya untuk
bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam
itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan
dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan
yang akan menjerumuskan seseorang pada
perbuatan yang keji, maka dinasihati
kepada setiap
orang yang menginginkan kebaikan bagi
dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan
melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi
menjaga agama dan kehormatan dirinya.
Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya
kalau ada seorang pemuda yang belum menikah
menelefon gadis yang juga belum menikah?
Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan
wanita asing (bukan mahram) dengan
pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat,
seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik
melalui telefon atau lainnya).
Sebagaimana firman
ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan
suara, sehingga berkeinginan orang-orang
yang berpenyakit di dalam hatinya.
(al-Ahzaab: 32).
Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah
keperluan, maka hal itu tidak mengapa
apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi
hanya sekadar keperluan.
Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya
Keharaman bercouple lebih jelas dari
matahari di
siang hari. Namun begitu masih ada yang
berusaha menolaknya walaupun dengan
dalil yang sangat rapuh, antaranya:
Tidak Boleh dikatakan semua cara
bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang
bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar
syariat
Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan
Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak
pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh
menghindari khalwat, menyentuh serta menutup
aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh
menghindari dari saling memandang, atau saling
membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa.
Yang mana hal itu jelas haram
berdasarkan dalil yang kukuh.
Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan,
perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon
pasangan hidupnya, fizikal, karaktor,
yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa
bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum
menikah akan jauh lebih ringan daripada
kalau terjadi setelah menikah.
Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan
karaktor calon isteri mahupun suami merupakan
satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam
pernikahan, agar tidak ada penyesalan di
kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh
digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia
haramnya.
Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang
jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala
yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan
kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh
cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap
perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang
dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.
Sebagaimana diriwayatkan dari Abu
Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta
dan tuli.
Fenomena Couple
Dalam situasi terkini, fenomena
pergaulan bebas
dan pengabaian terhadap nilai-nilai
murni Islam
berlaku pada tahap yang amat membimbangkan.
Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi
menitik
beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan
yang
dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran
dan sunnah
rasul-NYA. Mereka bukan setakat
mengabaikannya dan menganggap perkara itu
tidak penting, bahkan mereka
menganggapkannya
sebagai satu perkara yang menyusahkan
aktiviti
mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan
semata-mata itu. Nauzubillah
Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang
seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah
dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan
katakanlah salah kepada yang batil.
Janganlah
berhujah untuk membenarkan perkara yang
telah
terang haramnya di sisi ALLAH .


so apaa yang korangg dapatt ?
fahamm kan ?




setiap yang tercipta ada sang pasangan ,
so tak perlu susah payah nak mencari ,
cinta sejati tuh akan datang sendiri ye :)
INSYAALLAH !


assalamualaikum :)




Do Leave A Comment . Suka ? Like Jer Ye ;)

Monday 13 June 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA

 Assalamualaikumm .
haa , 14 JUN 2011 .
lamaa dah leyha dok tggu tarikh neyy .
nak tgok keputusan rayuan dapat takk .
hmmm !
hampaa !
tengokk !




 No Kad Pengenalan/ My Kad        :  931012******
 Nama                                     : SITI ZALEHA BINTI ZAINUDIN


Dukacita dimaklumkan bahawa anda TIDAK BERJAYA
dalam permohonan rayuan kemasukakan IPTA LEPASAN SPM/SETARAF (KES RAYUAN ) bagi sesi
AKADEMIK 2011/2012.


haa , takpa takpaa ,
nak buad macam manaa kann ,
tapi tengok yang ney pulakk :)


BUTIRAN PERMOHONAN

KEPUTUSAN             : TAHNIAH PERMOHONAN ANDA BERJAYA
POLITEKNIK             : POLITEKNIK PORTDICKSON,TELUK KEMANG
PROGRAM                :DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN




KEMBALI SENYUM :) (:
takpaa , study kat mana pon takpaa ,
nak dengan taknak jea kann .


apa pun kepada yang berjaya keputusan rayuan tuh .
TAHNIAH la ye :)


assalamualaikum !











Do Leave A Comment . Suka ? Like Jer Ye ;)

statement : " Aku Tak Solat Tapi Aku BERJAYA " apakah ituu ?

Assalamualaikum !
hyehye!
byebye!
fullstop!
abis sudah ke entry pasal ney ?
bagi salam jea ?
haish .
hehe , belum lagi , sabarsabar .


tengok quote kat atas tuh ?
pernah alami takk ?
first , S O R RY kepada sesape yang terasa nanti eh .
leyha post ney bukan nak kutuk sesape ,
tapi leyha sendiri nak nasihatkan diri leyha agar tak terjebak dengan mende ney :)


aku tak solat tapi aku berjaya ?
kadangkadang kita tengok kawankawan yang tak solat tuh boleh berjaya kan ?
sedangkan kita yang terkialkial pagi petang siang malam
pun tak berjaya macam diorang .
mengapakah ?


itulah yang dinamakan ISTIDRAJ .
apakah itu istidraj ,
haa , kat sini meh leyha nak terangkan pasal istidraj ney :)
istidraj merujuk kepada orang yang terus dikurniakan
limpahan rezeki , kejayaan di dalam hidupnya .
even , dia bukanlah hamba yang taat kepada ALLAH sang PENCIPTA ,
tapi dia mendapat istidraj .


masih takk jelass ?
okay , meh sini nak jelaskan ye .
istidraj itu apabila ALLAH memberikan kekayaan , kejayaan ,
and harta yang melimpah ruah
adalah untuk menjauhkan manusia itu dari-NYA .


see , fahamm takk ?
ALLAH mengurniakan istidraj kepadanya adalah untuk menjauhkan kita dariNYA .
kepada sesiapa yang telah berusaha dan beribadah kepada
ALLAH tetapi tidak berjaya ,
janganlah korang berputus asa ,
kejayaan adaa di mana mana ,
Allah pasti mengurniakannya apabila Dia mengiginkannya .
tidak perlu berasa gusar ,
kerana orang yang beriman itulah ,
orang yang mempunyai banyak dugaan dalam hidupnya ,
Allah takk mahuu korang jauh dariNYA ~
bersyukurlahh .

Hubungan keimanan korang dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu korang perhatikan.
 Jika korang berjaya membina hubungan keimanan yang baik,
insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, korang akan mampu melaluinya.
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur.
Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita.
 Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.



So , korang seharusnya tidak berasa tenang
bila korang berbuad dosa korang berjaya  !

renungrenungkan dan selamat beramal !
~ assalamualaikum ~









Do Leave A Comment . Suka ? Like Jer Ye ;)

Sunday 12 June 2011

TENTANG MEMILIH PASANGAN !

Assalamualaikumwarahmatullah !
hey all reader !
si gadis chubby ni nak berceloteh disini .
bole takk ?
harapharap korang suka lah ye ?
tak sukaa ?
takpa !
SENYUM :) . tak perlu kata apa apa ! hehe .

dalam memilih pasangan , perkara apaa yang di ambil kira ye ?
hmm . tak payah nak runsing runsing .
dalam ISLAM kan dah ada sebut cara nak pilih pasangan kann ?

actually pasangan atau cinta tak perlu dicari .
cinta sejati akan datang dengan sendiri apabila sudah tiba masanya.
SETUJU ?
setuju kann kan kan ?

kepada yang nak cari pasangan tuh ,
haa mai sini leyha nak habaq mai kat hangpa semua nah :)
dalam ISLAM kan dah ada sebut .

KAIFIAT MEMILIH PASANGAN MENURUT ISLAM :)
keturunan
harta
kecantikan
ketaatan
mereka dalam beragama
*ceywah belajar masa FORM5 ney :P

ramai yang nak cari pasangan yang lawa lawa , cute cute , smart smart , kacak kacak kann ?
memang kena cari yang lawa , yang smart .
tapi lawa and smart dari segi apaa ?
lawa dalam pertuturan nya ,
bila mengeluarkan suara ada lemah lembutnya , ada sopan santunnya ,
smart dalam beribadah .
smart dalam akhlaknya.
beriman dan bertakwa kepada TUHAN ,
mengABDIkan diri sebagai HAMBA di muka bumi ALLAH .

nak mencari CINTA ?
carilah cinta terhadap MAHA PENCIPTA terlebih dahulu ,
nak melepaskan RINDU ?
lepaskan lah rindu terhadap RASULLULLAH dan ALLAH dahulu .
nak mencari KASIH SAYANG ?
kasih sayang terhadap yang MAHA ESA terlebih dahulu !


seandainya cinta , rindu dan kasih sayang terhadap Allah dan Rasullullah telah tercari
maka cinta sejati akan hadir menjadi milik
anda sekalian alam ,
bersyukurlah dengan kurniaannya ,
kerana
anugerahnya adalah yang terbaik buad kita semua .


masih ingat ayat ini ?

" kadangkadang Allah sembunyikan matahari ,
Dia hadirkan petir dan hujan .
kita tercari cari kemana hilangnya matahari
ruparupanya Allah hadiahkan kita pelangi "


cinta kerana nafsu ?
cinta kerana syaitan ?
cinta kerana ALLAH ?
ya , cinta kerana ALLAH !


                                                         
                                                       

itulah yang dinamakan SYURGA CINTA :)
semoga bertemu dengan pasangan anda :)

berbahagialah orang yang menjadi tuan untuk dirinya ,
menjadi pemandu untuk nafsunya ,
dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya ;)


assalamualaikum !


Do Leave A Comment . Suka ? Like Jer Ye ;)

Bila LELAKI MERAJUK ?

Assalamualaikum .
hye semua ! sihatsihat ke sayang2 ku ?  hehe .
rajin bebenor la ye leyha pepagi bute ney nak post entry .
actually dah lame terpikir nak post entry macam ney .
hohoo ,
tgok tuhh ,
BILA LELAKI MERAJUK ?


sebelum tuh , kenalpasti dulu bila masa lelaki merajuk ,
nak tahuu takk ?
haa , meh sini nak habaq mai ! hehe !

TANDA-TANDA LELAKI MERAJUK ? BENARKAH ?
  • diam seribu bahasa .
  • buat tak tahuu jea kan .
  • menolak untuk makan bersama .
  • bermasam muka .
  • matikan henfon.
  • marah-marah .
  • tak nakk jumpa kann .
and berbagai macam lagi lah kann tanda tanda diorang merajuk . yang tersenarai kat atas tuh pada pandangan leyha lah kan .

bila LELAKI merajuk ? eewww ! macam pelik pon adaa kekadang kann .
haha ,  S O R RY lah kepada lelaki yang kuad merajuk tuh ye ?
sorry lah kalau statement ney menyakitkan hati korang kan .
ney just mengikut persepsi leyha lahh .
leyha actually rasa bosan bila adaa kawan lelaki yang kuad merajuk . err !
unless lah kalau yang merajuk tuh perempuan .
kalau perempuan tuh biasaa lahh kan ,
and leyha sendiri tak suka bila leyha sendiri yang merajuk .
tak percaya ?
betoll . leyha kalau boleh memang nak elakkan sangat lah MERAJUKMERAJUK ney .

lagipun ADAA APAA DENGAN MERAJUK ?
hohoo . menyusahkan gurl tuh nak pujuk jea kan . haha
hm . nak dapatkan PERHATIAN and KASIH SAYANG yang lebih eh ?
PERLUKAH MERAJUK ?
maybe adaa yang nak dapat kan perhatian jugak kann .
and nak dapatkan kasih sayang .
baru lah diorang rasa disayangi kan ?
tak salah kalau nak merajuk .
tapi jangan nak lebihlebih .
kekadang lelaki lebih MANTAP merajuknye dari perempuan .
haishhh !


so . bila lelaki merajuk , yang korang PEREMPUAN nak buad apaa yaa ?
hm . kalau leyha lah . leyha takkan pujuk .
leyha buad tak tahuu jea ,
hehe . malas jea rasaa nak pujuk .
if dia tak contact leyha ? lagi lagi lahh tak contact dia .
tapi jangan lah amalkan tau kalau nak hubungan korang tak hancur berderai :)


kalau sampai dua dua masingmasing tak nak mengalah .
mengalah lah wahai si GADISGADIS yang comelcomel di luar sana .
lelaki suka dekad perempuan yang lemah lembut .
korang pandai pandai lah buad ayat .
sebab laki ney cepat cair dengan ayat manismanis korang .
pandai pandai lah korang tackle hati dia balik !
ceywahh ! memandai jea leyha ney .
tapi korang ikhlas lah dalam mengalah tuh .
jangan lah nak ungkit ungkit pulak .
buad don noe jea .
lama lama akan okay jugak kan bila kita tak buka topik pasal tuh lagi .

haa ! tu diaa lahh , kalau MERAJUK kan susah dibuadnya ,
so , tak payahh nak merajuk yahh ?
cool sajaa , saling memahami, saling mempercayai !

so BOYS and GURLS yang dekad luar sanaa tuh .
buangbuang sifat MERAJUK korang tuh yah .
nanti korang jugak yang akan merana ,
daripada BAHAGIA jadi DERITA !

semoga berbahagia selalu .
JODOH PERTEMUAN di tangan TUHAN .
setiap yang tercipta pasti ada pasangannya .
LANGIT DAN BUMI.
BULAN DAN MATAHRI .
ISI DAN KUKU ,
dan sebagainya lahh ;)
and the most important .
HEART TO HEART .
hehe .


be the best among the best !
assalamualaikum !





Do Leave A Comment . Suka ? Like Jer Ye ;)